TAJUK TUGASAN :
Peranan Masjid Nurus Said Dalam Pembangunan Islam
DISEDIAKAN OLEH :
Nama :Nur Syamira Binti Mohd Jazlan
Matrik :2011219898
Kumpulan :ATD1Dm
DISEDIAKAN UNTUK :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
PROGRAM :
Diploma Pengurusan Ladang
Falkuti Perladangan & Agroteknologi
TARIKH SERAH :
8 OGOS 2011
ISI KANDUNGAN :
1. TAJUK
2. ABSTRAK
3. PENDAHULUAN
4. SEJARAH
5. LOKASI
6. AKTIVITI MASJID
7. BIODATA IMAM
8. HARAPAN
9. KESIMPULAN
10. LAMPIRAN
11. RUJUKAN
TAJUK :
Peranan Masjid Nurus Said Dalam Pembangunan Islam
ABSTRAK :
Masjid merupakan institusi agama yang mulia bagi semua umat islam.Tempat yang mulia ini perlu diberi perhatian dan sentiasa menjaga tempat yang mulia ini iaitu masjid.Terdapat banyak fungsi- fungsi masjid dan kegiatan-kegiatan yang diadakan.Daripada aktiviti- aktiviti yang diadakan ,umat islam dapat kenal mengenali antara saudara-saudara islam.
Selain daripada itu ,masjid adalah tempat untuk melakukan idadat kepada Allah SWT.Kesimpulanya,masjid patut dikunjungi oleh semua umat islam bagi membentuk jati diri yang baik seterusnya dapat membetulkan kesalahan yang lalu.
PENGERTIAN :
Yang bermaksud : Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Surah At Taubah ayat 18)
PENDAHULUAN :
Syukur Alhamdulillah kehadrat ilahi kerana dengan izin Nya saya Nur Syamira Binti Mohd Jazlan dapat menyelesaikan tugasan ini.Tugasan saya ini bertujuan untuk mendedahkan kepada semua umat islam di seluruh dunia akan kepentingan institusi agama islam yang mulia iaitu masjid yang merupakan rumah Allah SWT.Didalam tugasan saya ini,saya akan menghuraikan beberpa peranan masjid Nurus Said di Kampung saya sendiri,iaitu Kampung Santan.
Umat islam digalakan untuk pergi mengunjung ke rumah-rumah Allah SWT walaupun sibuk mana pun mereka.Banyak pahala yang diperoleh apabila sering berkunjung di rumah-rumah Allah ini disamping itu,banyak faedah lain yang diperolehi.Masjid merupakan tempat untuk menunaikan ibadat wajib iaitu solat jumaat yang selalu diadakan pada hari jumaat oleh kaum Adam bagi umat islam diseluruh dunia.Serta tempat untuk menunaikan ibadat sunat iaitu tarawih yang dilakukan pada setiap bulan ramadhan.
Bagi menyiapkan tugsan ini,sya telah menemu bual Imam Masjid Nurus Said sendiri.Beliau ialah Ustaz Hj Ahmad Kamil Bin Hj Ibrahim yang telah lama menjadi imam di Masjid Nurus Said. Beliau telah memberi sedikit sebanyak maklumat tentang Masjid Nurus Said kepada saya. Selain Itu, atas sedikit sebanyak maklumat yang diberi oleh pensyarah saya iaitu Ustaz Abd Aziz Bin Harjin terlah dapat saya menyelesaikan tugasan ini.
Umat islam digalakan untuk pergi mengunjung ke rumah-rumah Allah SWT walaupun sibuk mana pun mereka.Banyak pahala yang diperoleh apabila sering berkunjung di rumah-rumah Allah ini disamping itu,banyak faedah lain yang diperolehi.Masjid merupakan tempat untuk menunaikan ibadat wajib iaitu solat jumaat yang selalu diadakan pada hari jumaat oleh kaum Adam bagi umat islam diseluruh dunia.Serta tempat untuk menunaikan ibadat sunat iaitu tarawih yang dilakukan pada setiap bulan ramadhan.
Bagi menyiapkan tugsan ini,sya telah menemu bual Imam Masjid Nurus Said sendiri.Beliau ialah Ustaz Hj Ahmad Kamil Bin Hj Ibrahim yang telah lama menjadi imam di Masjid Nurus Said. Beliau telah memberi sedikit sebanyak maklumat tentang Masjid Nurus Said kepada saya. Selain Itu, atas sedikit sebanyak maklumat yang diberi oleh pensyarah saya iaitu Ustaz Abd Aziz Bin Harjin terlah dapat saya menyelesaikan tugasan ini.
SEJARAH :
Masjid Nurus Said atau dahulu nama asalnya Masjid Kampung Santan yang jaraknya kira-kira 6 km daripada ibu negeri Perlis iaitu Bandar Kangar. Masjid ini telah diberi nama Nurus Said bagi mengenang jasa pemilik tanah tersebut iaitu Haji Said yang dahulunya telah mewakafkan tanahnya untuk didirikan sebuah masjid. Pembinaan masjid ini telah memberi banyak faedah kepada penduduk Kampung Santan iaitu dalam mengeratkan hubungan silaturrahim.
Ustaz Abdul Hj Ahmad Kamil Bin Hj Ibrahim berkata, iaitu salah seorang daripada imam masjid Nurus Said , masjid ini telah dibina sebelum tahun 1927. Kata beliau lagi, masjid yang asal diperbuat daripada kayu, beratap rumbia dan berdindingkan zink, manakala lantai masjid pula hanyalah tanah. Beberapa tahun kemudian, masjid ini telah mengalami sedikit pengubahsuaian. Atap masjid telah digantikan dengan zink manakala lantainya pula disimenkan.
Pada peringkat awal penubuhan masjid, penduduk kampung hanya menggunakan ia untuk mendirikan solat Jumaat dan solat terawih sahaja. Solat-solat fardhu .Walaupun begitu, fungsi masjid semakin berkembang apabila masjid baru dibina bagi menggantikan masjid yang lama. Bangunan masjid yang lama tidak dirobohkan dan ia pernah digunakan untuk kelas fardhu ain. Masjid baru dibina sekitar tahun 1970, berukuran kira-kira 40 x 40 kaki. Sekitar tahun 1987 pula, masjid ini diubah suai lagi dan anjung masjid dibina.
Sehingga sekarang, Masjid Nurus Said sentiasa mengalami penambahbaikan untuk keselesaan para jemaah. Beberapa tahun yang kemudian, penghawa dingin telah dipasang di dalam masjid dan tandas-tandas telah diubahsuai. Disebabkan itu juga, pengunjung-pengunjung masjid juga semakin bertambah. Masjid Nurus Said kini dilihat lebih menarik dan banyak aktiviti-aktiviti keagamaan dijalankan di sana.
Syukur alhamdulilah ke hadrat ilahi,kerana dengan izin Allah SWT ,saya dapat menyiapkan tugasan ini .Tidak lupa juga diucapkan terima kasih kepada Ustaz Hj Ahmad Kamil Bin Hj Ibrahim kerana telah sudi ditemu bual dengan saya walaupun sibuk dengan kerjanya.
LOKASI :
Masjid Nurus Said terletak di Kampung Santan dalam daerah Padang Besar yang bersempadan dengan Thailand .Jarak Masjid Nurus Said dengan Bandar Kangar ialah 6 km.
Kampung yang bersempadan dengan kampung santan ialah Kampung Padang Lati, Kampung Bongkok,Kampung Alor Sena,Sempering dan Kampung Baroh.
AKTIVITI MASJID :
Isnin malam Selasa
Kuliah : Tentang Hadis
Penyampai : Ustaz Hj Mohamad Arshad bin Hj Taib
Rabu malam Khamis
Kuliah ; kesedaran mengenai ajaran Islam
Penyampai : Ustaz Mursyidi bin Rashid
Khamis malam Jumaat
Program : bacaan Al-Quran dan pembelajaran tajwid
Oleh : Hj Ahmad Kamil bin Hj Ibrahim
Sabtu malam Ahad
Program : ta’mir masjid (Unit Ta’mir Masjid Jabatan Agama Islam)
Oleh : Ustaz Mohd Nor bin Mat Salleh
Selepas Subuh (Isnin hingga Khamis)
Tazkirah dan program bacaan Al-Quran termasuk terjemahan dan huraian ringkas. Satu hingga dua ayat al-Quran akan dipilih bermula dari Surah Al- Baqarah dan sekarang kupasan ayat al-Quran tersebut sudah memasuki surah Ali Imran. Insyaallah, program ini akan berterusan sehingga khatam al-Quran.
Pagi Jumaat
Tazkirah berkenaan akidah, kupasan rukun-rukun iman dan perkara-perkara yang membatalkan akidah.
Oleh : Ustaz Hj Mohamad Arshad bin Hj Taib
Pagi Sabtu
Tazkirah kerohanian
Oleh : Ustaz Shahrudin bin Abu Bakar
Pagi Ahad
Peluang kepada anak-anak qariah yang berpotensi, dan berupaya untuk menyampaikan tazkirah menurut bidang ilmu masing-masing. Contohnya seorang anak qariah yang bergelar doktor boleh menyampaikan hal-hal semasa berkenaan kesihatan.
Seorang petani boleh berkongsi cara untuk meningkatkan hasil tanaman.
Program untuk ibu-ibu
Diadakan setiap hari Selasa selepas Asar, program ini dikendalikan oleh Ustazah Fauziah binti Sani. Program ini juga mempunyai pakej sumbangan kepada warga emas dan anak-anak yatim.
Kelas Fardhu Ain
Kelas ini diadakan pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Kebiasaannya, kelas ini akan diadakan pada sebelah petang. Para pelajar akan dibimbing oleh Ustaz Shahrudin bin Abu Bakar.
Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam
Masjid Nurus Said juga turut meraikan hari-hari kebesaran Islam seperti Bulan Ramadhan, Isra’ Mikraj ,Maulidur Rasul dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti bersesuaian akan diadakan di masjid bagi menyambutnya.
Program khas sempena bulan Ramadhan
Sempena menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak, masjid Nurus Said mengadakan terawih, moreh, tadarus al-Quran dan majlis berbuka puasa. Majilis khatam al-Quran pula akan diadakan pada malam 27 atau 28 Ramadhan.
Program Tilawah al-Quran Kanak-kanak yang lepas, Pengerusi Masjid Nurus Said telah mengishtiharkan 2 kelab iaitu:
-Kelab Kanak-kanak Masjid
-Kelab Remaja Masjid
Kelab Kanak-kanak diletakkan di bawah biro wanita dan dipengerusikan oleh Ustazah Jamilah bt Jusoh manakala Kelab Remaja Masjid pula diletakkan di bawah biro pemuda.
BIODATA IMAM :
1. NAMA : HJ AHMAD KAMIL BIN HJ IBRAHIM
2. NO KAD PENGENALAN : 571103-09-5049
3. TARIKH LAHIR : 3 NOVEMBER 1957
4. TEMPAT LAHIR : KAMPUNG SANTAN
5. ALAMAT : BATU 2 ¼ JALAN SANTAN,01000 KANGAR,PERLIS
6. UMUR : 54 TAHUN
7. JUMLAH ADIK-BERADIK : 5 ORANG
8. TARAF PERKAHWINAN : BERKAHWIN
9. NAMA ISTERI : ROSMAWATI BINTI ROMLI
10. BILANGAN ANAK : 4 ORANG
HARAPAN :
Di akhir temu bual,Ustaz Hj Ahmad Kamil Bin Hj Ibrahim telah menyatakan hasratnya untuk melihat lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti majid pada masa-masa yang akan datang dan berharap masjid Nurus Said dijadikan tempat yang sentiasa di kunjungi oleh umat islam.
Beliau juga berharap agar lebih banyak lagi umat-umat islam yang berada dikampung santan untuk mengunjugi masjid Nurus Said dan melibatkan diri mereka dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak masjid dimasa akan datang.Dengan aktiviti-aktiviti yang diadakan banyak faedah yang diperoleh iaitu salah satu daripadanya ialah umat-umat islam di Kampung Santan dapat mengeratkan lagi hubungan siltulrahim sesama mereka.
KESIMPULAN :
Masjid merupakan tempat yang paling mulia dalam islam dan banyak peranan nya.Antara peranan masjid yang paling utama ialah tempat untuk umat islam beramal ibadat kepada Allah SWT.Selain itu,terdapat beberapa lagi perananya.Antara nya ialah tempat untuk mengajar ilmu agama islam kepada umat islam,tidak kira tua ataupun muda.Justeru,sudah teranglah institusi agama amat berperanan penting untuk mengembangkan syariat islam yang tercinta.
"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,serta tetap mendirikan shalat,menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun)selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Surah At-Taubah ayat 18)
"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian,serta tetap mendirikan shalat,menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun)selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk".
(Surah At-Taubah ayat 18)
LAMPIRAN :
Kawasan Masjid Nurus Said dari luar.
Anjug Masjid
Tempat letak kereta
Tempat letak motosikal
Bangunan lama masjid
Tempat wuduk lelaki
Papan kenyataan masjid
Tempat sembahyang perempuan
RUJUKAN :
1) Hj Ahmad Kamil Bin Hj Ibrahim (Imam Masjid Nurus Said)
2) Masjid Nurus Said
2) Masjid Nurus Said